30 May 2013

Novel Pesona Sandora (Misteri di Provinci Terpencil) - Ruhaini Mat Darin

RM10

Bil. Muka Surat: 358
Keadaan: Seperti Baru
Terbitan: PTS
ISBN: 978-967-5136-48-1 

Sinopsis:

Belangkas merayap di mana-mana. Histeria menghantui pelajar-pelajar sekolah. Kematian-kematian mengejut dan mengerikan. Penduduknya percaya orang asing adalah pembawa bencana.
Saniah dan Dalila, dua guru pelatih yang baru menjejakkan kaki ke provinsi itu tanpa sedar telah terheret ke dalam pergolakan yang akan menentukan jatuh bangun sebuah dunia asing.
Swastika semakin terdesak apabila salji tiba-tiba turun dari langit tropika Sandora. Apakah ia pesona yang akan menghadirkan ketenangan? Atau alamat ketibaan satu malapetaka?
Apakah yang sebenarnya terjadi di Provinsi Sandora? 

28 May 2013

Novel Aura Cinta - Aina Emir

RM10

Bil. Muka Surat: 568
Keadaan: 7/10
Terbitan: KarnaDya Solutions
ISBN: 983-42761-0-9

Aura Cinta semestinya akan membawa anda mengembara ke alam keasmaraan yang lebih mencabar, penuh misteri, ada debaran...dari muka surat pertama, hingga ke penghabisan!

Aura Cinta menemukan anda kepada Azraai, lelaki Melayu yang bertubuh tegap lagi tinggi orangnya. Perjalanan hidupnya mula goyah bila pertama kali bersua dengan sesuatu yang dianggap aneh lagi pelik. Mengapa tiba-tiba saja dirinya teruja??

Aisya Hanan dan Cikgu Sally...mencabar jiwanya yang selama ini dirasakan aman dan tenteram. Dalam kekeliruan, Azraai tidak mampu untuk menepis kasih sayang Nurbaiti, gadis cantik lagi bijak, yang bukan hanya merupakan pilihan ibu, tapi gadis itu juga sudah lama taat menantinya. Di manakah letaknya nilai kasih seorang gadis matang, berjiwa murni, sopan santun dan berakhlak tinggi?? Bukankah dia mempunyai pakej lengkap sebagai seorang calon isteri??

Siapa pula Khairul, Anjang Sadang, Serhan Aydin dan Irfan???

Bukan mudah untuk memilih. Tidak juga mudah untuk mengembara ke alam realiti yang penuh fantasi dan ilusi. Anda akan dibawa ke kawasan perkampungan Orang Asli, di daerah Kuala Lipis, Pahang, satu kawasan hutan tropika yang meninggalkan terlalu banyak teka-teki untuk Azraai. Panoramanya cukup indah, namun tetap berbeda dari yang biasa. Anda juga akan ke Lembah Kelang dan negara Belgium dalam novel ini. Sama-samalah bertemu dengan karekter-karekter yang semestinya akan membuat anda berkhayal, sambil menimba ilmu yang padat dibekalkan penulis.

Novel Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah

Harga: RM10

Bil. Muka Surat: 583 
Keadaan: 7/10

Sinopsis:

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

26 May 2013

Assalamualaikum semua ^__^

Hai semua,

Apa khabar? Harap sihat. Ini adalah percubaan untuk mengosongkan barang-barang yang ada. Sebarang pertayaan boleh diajukan dalam emel, ok.